Euforia Bola 2026
Percutian

Lepas Bersara Baru Ada Masa Pergi Melancong? Ini 20 Tip Penting Dari Orang Lama Wajib Anda Tahu!

tip melancong untuk pesara

Tip melancong untuk pesara kini semakin dicari, terutamanya oleh mereka yang baru mula menikmati masa lapang selepas bersara. Bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil, inilah masanya untuk menjelajah dunia tanpa tekanan, tapi dengan lebih perancangan dan keyakinan.

Menurut Ir. Hj. Zainuddin Omar, ramai sahabat seusianya yang 50-an dan 60-an baru mula capai kehidupan stabil dan ada peluang melancong, tapi masih ragu-ragu kerana faktor umur dan kurang pengalaman.

Baca juga: “Aduhh Panjangnya Barisan…” Ini Tip Pantas ‘Check In’ & Tag Bagasi Guna Kiosk Layan Diri Di Lapangan Terbang!

20 TIP MELANCONG UNTUK PERSARA

tip melancong untuk pesara

Gambar oleh Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar yang berada di Aguas Calientes Urubamba River Valley, pintu masuk ke Machu Picchu Peru. Bag biru penuh dengan makanan ready-made.

Di mana, beliau dulu masa muda seorang yang berani redah saja, tetapi kini lebih berhati-hati. Berikut adalah 20 tip penting khas untuk anda yang baru nak mula jelajah dunia selepas bersara.

Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin

1. Travel insurance wajib

Bayar dalam RM400 setahun, tapi boleh selamatkan diri dari hutang beratus ribu jika berlaku kemalangan di luar negara. Pilih syarikat yang dipercayai seperti Takaful 360.

2. Jaga kesihatan, bukan badan sado

Cukup boleh berjalan beberapa kilometer sehari. Biasakan diri dengan brisk walking yang menyihatkan badan. Dan paling penting, bawa ubat-ubatan siap dengan preskripsi doktor.

3. Guna bag beroda, bukan jadi hero

Tak perlu galas backpack 20kg. Cari beg beroda yang tahan lasak. Saya pegang konsep ini, alah membeli menang memakai.

Contoh: Deuter Helion atau Osprey Meridian tapi harganya RM1000 ke atas.

4. Utamakan keselamatan

Saya jarang keluar malam dan sentiasa elak kawasan sunyi. Sebelum pergi ke satu tempat, saya ‘study’ dulu risiko jenayah.

Di La Boca, Buenos Aires contohnya adalah kawasan cantik, tapi banyak kes rompak pelancong. Saya sewa teksi selama 4 jam yang diuruskan oleh hotel dengan pemandu lokal.

5. Kekal online

Saya guna Flexiroam sebab coverage luas, walaupun mahal. Alternatif: Sewa WiFi portable Roamingman di KLIA yang sesuai jika melawat banyak negara.

Google Maps dan WhatsApp sangat penting semasa travel. Kadang-kadang, simcard luar negara lebih murah di Shopee.

6. Beli tiket kapal terbang bijak

Gunakan apps seperti Skyscanner dan buat perbandingan. Rajin Google tip dan taktik cari tiket murah.

7. Tempah hotel secara fleksibel

Saya tempah malam pertama guna Agoda atau Booking.com, untuk elak masalah di Imigresen. Hari-hari seterusnya saya tempah ikut perjalanan.

Sekarang saya lebih suka tempah rumah Airbnb sebab boleh masak dan basuh pakaian.

8. Sewa kereta bila perlu

Lebih bebas dan jimat masa. Kos sewa kereta luar negara sekitar RM100–150 sehari. Saya lebih suka begini berbanding naik bas atau tren.

9. Mula dekat dulu untuk bangun keyakinan

Nak bina keyakinan? Mulakan dengan melancong ke Indonesia atau Thailand dahulu. Belajar secara ‘hands-on’ sebelum ke negara jauh.

10. Kawal bajet

Saya bajet USD50–100 sehari dan standby kad kredit untuk kecemasan. Rancang awal dan ikut bajet.

Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!

11. Jaga halal dan toyyiban

Kalau tiada restoran halal, saya bawa bekalan dari Malaysia seperti Brahim’s. Di Cyprus dan Santorini saya makan roti, telur rebus dan sardin selama sebulan!

12. Bijak Tukar Duit

‘USD is King’. Tukar ikut strategi kadang lebih baik tukar di airport (contoh: Iran), kadang lebih mahal (contoh: Brazil).

Tanya pemandu teksi tentang money changer terbaik, misalnya di Myanmar yang memberi tukaran lebih di Money Changer.

13. Jangan bawa barang terlarang

Setiap negara ada undang-undang pelik:

  • Clarinase (ubat sinus) dilarang di sesetengah negara seperti Georgia.
  • Drone, al-Quran, dan serunding boleh jadi masalah di tempat tertentu seperti negara Central Asia terutama Turkmenistan.
  • Di China, powerbank lebih 20,000 mAh tak dibenarkan dalam bag cargo flight atau pisau Swiss Knife tak dibenarkan dalam keretapi laju.

Semak dulu info negara yang ingin dilawati!

14. Pakaian sesuai ikut cuaca

Kalau musim sejuk, pakai down jacket dengan fill power betul. Contoh:

  • 550 = untuk musim luruh
  • 750 = musim sejuk sebenar

Kasut pun penting, cari yang waterproof dan selesa seperti teknologi Goretex dan kasut comfy seperti Hoka.

15. Kandungan gambar talam telefon

Kadangkala pihak imigresen periksa gambar. Di Azerbaijan, saya terpaksa delete gambar Nagorno-Karabakh. Elakkan simpan gambar kontroversi.

16. Travel solo atau berpasangan?

Saya lebih suka ada travel partner. Boleh berbual, bantu-membantu, dan lebih selamat.

17. Jaga pasport seperti nyawa

Pasport Malaysia antara paling ‘power’. Jangan biarkan pasport jauh dari badan. Saya guna Pacsafe Body Pouch yang anti-pisau, tak boleh digunting. Mahal, tapi berbaloi.

18. Cari local guide dengan apps Viator

Apabila sampai tempat baru yang rasa kurang selamat, travel dengan guide lokal yang boleh dicari dari staf hotel atau dari aplikasi Viator atau Klook.

Jangan memandai travel sendiri kerana anda tak tahu mana tempat dan ceruk yang bahaya.

19. Hubungi Kedutaan Malaysia sebelum berpergian

Hantar e-mail pada Kedutaan Malaysia di negara yang dilawati seminggu sebelum kembara dengan memberitahu itinerari dan nombor telefon anda.

20. Amalkan baca doa musafir setiap pagi

Doa sebelum travel setiap pagi amat penting. Titik.

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

Sumber: Zainuddin Omar

FT Image: Zainuddin Omar / Christian Morales Callo – Own work, CC BY-SA 4.0,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×