Euforia Bola 2026
Famili

Tragis! 2 Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Mandi Dewasa, Penjaga Tinggalkan 5 Minit Nak Ambil Pelampung

kolam mandi

Dua orang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di dalam kolam mandi ketika beriadah di sebuah kawasan pelancongan.

Menurut Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Luhak, Iptu Isral Riandi, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan ketika lokasi pemandian tersebut sedang berlangsung satu acara perjumpaan keluarga.

Baca juga: Ada 3 Bau Yang Syaitan Paling Suka! Kalau Taknak ‘Terikat’, Pastikan Elak & Jaga-Jaga

MAUT DALAM KOLAM MANDI, 2 KANAK-KANAK LEMAS

KOLAM MANDI

“Ketika itu, kedua-dua kanak-kanak Raffa Atthalla, 8 dan Bilqis Zakira, 11 sedang mandi di kolam. Pada awalnya masih berada dalam pengawasan ibu bapa masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, situasi bertukar cemas apabila kedua-dua mangsa meminta pelampung daripada ibu bapa mereka. Pelampung tersebut diambil dari dalam kenderaan yang diparkir berhampiran lokasi pemandian.

Tempoh masa yang diambil untuk mengambil pelampung hanya sekitar lima minit namun, apabila ibu bapa kembali ke kolam, kedua-dua kanak-kanak tersebut tidak lagi kelihatan.

“Ahli keluarga segera mencari di sekitar kolam. Salah seorang bapa mangsa kemudian ternampak bayangan pakaian berwarna putih di dasar kolam,” jelasnya.

Bertindak pantas, ibu bapa mangsa terjun ke dalam kolam sedalam kira-kira 2.5 meter untuk menyelamatkan anak-anak mereka. Kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik ke permukaan sebelum diberikan bantuan kecemasan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Namun begitu, pihak hospital mengesahkan kedua-dua kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

KOLAM MANDI

Susulan kejadian tragis itu, pihak polis mengambil tindakan menutup sementara kawasan pemandian berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan. Garisan polis turut dipasang di sekitar kolam yang terlibat.

Pihak polis masih menyiasat sama ada wujud unsur kecuaian daripada pihak pengurusan tempat rekreasi tersebut. Namun hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat kelalaian.

“Kawasan mandi itu mempunyai beberapa kolam dengan kedalaman berbeza, termasuk kolam khas untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam yang digunakan mangsa adalah kolam dewasa dengan kedalaman 2.5 meter,” katanya.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat bagaimana kedua-dua kanak-kanak tersebut boleh memasuki kolam dewasa serta sama ada terdapat petugas keselamatan yang bertugas ketika kejadian berlaku.

Baca juga: “Ini Cara Saya Didik 16 Orang Anak” – Pernah Kena Rotan Tapi Tak Selalu, Didikan Tegas Jadi Kunci

Sumber: Kumparan News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×