Euforia Bola 2026
Rakyat

17 Ekor Lembu Mati Termakan Rumput Tercemar Bahan Kimia, Penternak Rugi Hampir RM50,000

LEMBU MATI

Seorang penternak dari Taman Tronoh Baru, Perak berdepan detik menyayat hati apabila 17 ekor lembu mati dipercayai akibat memakan rumput yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya.

Penternak terbabit, R. Nithiananthan, 38, berkata kejadian itu disedarinya pada 5 November lalu ketika dia mendapati sebahagian besar lembunya mati berhampiran kolam dan parit di kawasan ragutan yang sering digunakan.

Baca juga: Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen Sah

17 EKOR LEMBU MATI TERMAKAN RUMPUT TERCEMAR

LEMBU MATI

“Saya melepaskan lembu seperti biasa di sekitar kawasan ragutan sehari sebelum kejadian, tetapi seekor demi seekor lembu mati di dalam air. Bau di kawasan itu memang pelik, kuat seperti bahan kimia,” jelasnya.

Menurutnya, anggaran kerugian keseluruhan mencecah RM50,000 dan dia telah membuat laporan polis pada 6 November selain memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk siasatan lanjut.

Nithiananthan berkata, sebelum kejadian, dia ada melihat perubahan pada warna air dan rumput di kawasan tersebut, namun tidak menyangka ia berpunca daripada bahan kimia berbahaya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Nor Affandi Ahmad, 51, mendakwa aktiviti pembuangan bahan dipercayai sisa kimia di kawasan berdekatan telah berlaku sejak sebulan lalu.

LEMBU MATI

Freepik

“Mereka datang waktu malam, menabur bahan (dipercayai bahan kimia) dan menimbusnya dengan sampah lain. Bau memang sangat kuat dan lain daripada biasa. Sudah tiga kali saya menegur pemandu lori yang datang (untuk membuang sisa terbabit), tetapi dia hanya menjawab okeylah,” ujarnya.

Tambahnya, terdapat sekurang-kurangnya lima lokasi pembuangan haram dalam lingkungan 200 meter dari kawasan perumahan. Penduduk juga mula mengalami kegatalan kulit dan rasa miang apabila melalui kawasan tersebut.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Awam Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah, yang meninjau lokasi kejadian berkata, siasatan awal mendapati sisa kimia berkenaan disyaki berpunca daripada sebuah kilang di kawasan Siputeh.

Beliau menegaskan bahawa pembuangan sisa kimia di kawasan terbuka berhampiran taman perumahan adalah isu keselamatan awam yang serius dan perlu ditangani segera.

Baca juga: Pelajar OKU Dari Besut Harumkan Nama Malaysia, Menang 2 Pingat Emas Di Korea Selatan

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×