Euforia Bola 2026
Dapur

Selain ‘BABI’, Ini 15 Perkataan Lain Di Dalam Produk Makanan Yang Bawa Maksud Sama!

kod babi dalam makanan

Memilih produk makanan yang halal menjadi kewajiban sebagai seorang Islam. Terutama sekali apabila berada di luar negara, anda pasti akan keliru dalam membaca kandungan makanan kerana khuatir mempunyai babi. Rupanya, ada 15 kod babi dalam makanan yang anda kena ‘alert’.

Kod ini sangat penting kerana banyak lagi perkataan yang digunakan selain dari ‘BABI’ sahaja. Jangan tersalah pilih!

Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’

15 KOD BABI DALAM MAKANAN YANG ANDA KENA PERHATIKAN!

kod babi dalam malanan

Umumnya babi yang dijadikan makanan dikenal dengan istilah pork atau ham. Namun sebenarnya ada banyak istilah babi dalam makanan yang sering digunakan sebagai komposisi makanan. Berikut adalah 15 istilah babi dalam Bahasa Inggeris, Jepun, China dan Korea yang harus di ketahui muslim agar tidak salah beli.

1. Pig– Seekor babi muda, berat kurang dari 50 kilogram.

2. Hog– Babi dewasa, berat melebihi 50 kilogram.

3. Boar– Babi liar/celeng/babi hutan

4. Pork– Daging babi dalam masakan. Ada banyak macamnya, seperti pork belly (daging babi yang diambil dari bahagian perut )

5. Pig feet atau trotters– Kaki babi yang dimasak dan dihidangkan sebagai hidangan di pelbagai masakan, termasuk masakan Tionghoa dan Barat.

6. Pig ears– Pig ears atau telinga babi juga merupakan hidangan yang popular dalam beberpa jenis masakan, termasuk masakan Tionghoa.

7. Pig skin– Pig skin atau kulit babi sering digunakan sebagai bahan dasar dalam pelbagai produk makanan, termasuk kerepek kulit babi dan chicharon.

8. Swine– Istilah untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.

9. Lard– Lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun. Lard atau lemak babi adalah jenis lemak yang diambil dari bahagian perut atau punggung babi. Lard biasanya digunakan dalam masakan untuk menambahkan rasa dan kelembutan pada makanan, terutama dalam masakan Barat dan Tionghoa. Beberapa makanan dan produk yang mungkin mengandung lard antara lain roti, kuih, kuih kering, pastry, biskuit, coklat, dan mentega.

10. Bacon– Daging haiwan yang dipotong nipis atau ‘slice’, terutama babi. Biasanya diambil dari bahagian perut atau punggung babi untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam berbagai hidangan.

11. Ham– Ham adalah potongan daging yang diambil dari peha babi. Potongan daging ini biasanya diolah dengan cara dipanggang atau direbus, dan kemudian diiris tipis-tipis untuk disajikan sebagai hidangan atau bahan dasar dalam berbagai masakan, terutama di masakan Barat.

12. Bakut– Bakut adalah sebutan untuk tulang rusuk babi. Bahagian tulang rusuk pada babi ini umumnya diolah menjadi sup. Dikenal dengan nama Bak Kut Teh. Sajian ini popular di Singapura.

13. Gelatin– Gelatin adalah bahan yang digunakan dalam pelbagai makanan, termasuk jeli, marshmallow, dan lain-lain. Gelatin dibuat dengan merebus tulang, kulit, dan jaringan haiwan, termasuk babi, sehingga gelatin juga dianggap sebagai bahan yang tidak halal dalam Islam.

14. Sow milk– Susu babi

15. Porcine – Sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi, banyak ditemukan di ubat-ubatan.

kod babi dalam malanan

*Baca elok-elok maklumat makanan sebelum beli ya terutama sekali apabila anda ada di luar negara!

Baca juga: Semak Logo Halal Malaysia Pada Makanan, Pastikan Ada Ciri-Ciri Yang Diiktiraf INI!

Sumber: Adindha Pratiwi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×