Ramai orang hanya nampak kemewahan dan saiz luar biasa kereta rasmi Presiden Amerika Syarikat, tetapi di sebalik reka bentuknya yang elegan tersimpan pelbagai kehebatan luar biasa. Menurut perkongsian Nizam Ali dan Faizan Dasuki di Facebook, apabila mengetahui fakta ‘The Beast’, barulah ramai faham kenapa kenderaan ini digelar “binatang jalanan”.
Baca juga: Kad Maybank Rosak Atau Tamat Tempoh? Tak Perlu Susah Ke Bank, Ini 7 Langkah Pantas Buat ‘Online’
14 FAKTA ‘THE BEAST’ YANG MENARIK!

Gambar NSTP: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kereta presiden yang dikenali sebagai ‘The Beast’.
The Beast, atau nama rasminya Cadillac One, bukan sekadar kenderaan mewah untuk VIP. Ia sebenarnya bunker bergerak yang direka khas oleh General Motors (divisyen Cadillac) untuk Secret Service Amerika Syarikat. Dengan tujuan melindungi Presiden daripada sebarang bentuk serangan, sama ada bom, peluru, atau bahan kimia berbahaya.
Berikut antara fakta menarik dan menakjubkan tentang The Beast yang buat ramai ternganga apabila tahu kemampuan sebenarnya:
1. Beratnya hampir sama seperti lori
Kereta ini mempunyai berat antara 6.8 hingga 9 tan, lebih berat daripada kereta kebal ringan. Kalau terlanggar divider, bukan kereta ini yang kemek tetapi divider itu sendiri yang akan kalah.
2. Badan super kalis peluru
Badan The Beast diperbuat daripada keluli, aluminium, titanium dan seramik komposit, direka untuk menahan tembakan peluru 50 cal dan letupan bom.
3. Dinding dan pintu setebal pintu kapal terbang
Pintu The Beast setebal 8 inci, hampir sama berat dengan pintu pesawat Boeing 757. Ia kalis sepenuhnya terhadap tembakan dan serpihan letupan.
4. Kaca super tebal dan tidak boleh dibuka
Semua tingkap dilapisi kaca setebal 5 hingga 8 inci dan tidak boleh dibuka, kecuali tingkap pemandu yang hanya boleh turun sekitar 3 inci sahaja.
5. Ada sistem oksigen sendiri
Jika berlaku serangan kimia atau biologi, kabin boleh ditutup rapat sepenuhnya dan mempunyai bekalan oksigen sendiri, memastikan Presiden masih boleh bernafas dengan selamat.
6. Siap menyimpan darah Presiden
The Beast dilengkapi peti sejuk mini yang menyimpan beg darah sepadan dengan jenis darah Presiden, membolehkan transfusi kecemasan dilakukan terus dalam kereta.
7. Tangki minyak kalis letupan
Tangki bahan api direka dengan lapisan buih khas yang mampu mengelakkan letupan walaupun ditembak atau terbakar.

Gambar BERNAMA (atas) dan Jabatan Perdana Menteri (bawah): Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump bersama menaiki ‘The Beast’, kereta rasmi yang diterbangkan khas ke sini sempena lawatan pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu ke Malaysia
8. Tayar tak boleh pancit
Tayar jenis Kevlar-reinforced run-flat membolehkan kenderaan terus bergerak walaupun ditembak atau bocor, dengan rim keluli dalaman mengekalkan bentuk roda.
9. Ada sistem pertahanan khas
Bahagian hadapan The Beast dilengkapi dengan meriam gas pemedih mata, senjata automatik dan alat tembakan elektrik (stun gun). Malah, ia juga ada sistem asap pelindung untuk menghalang serangan.
10. Sistem komunikasi tentera
Presiden boleh berhubung secara terus dengan Pentagon atau Rumah Putih melalui sistem komunikasi satelit khas. Malah, terdapat kaca pemisah khas antara pemandu dan Presiden yang hanya boleh dibuka oleh Presiden sendiri.
11. Bahagian dalam seperti pejabat bergerak
Ruang kabin The Beast direka seperti bilik operasi bergerak, lengkap dengan sistem komunikasi selamat (secure line). Presiden duduk di belakang kanan dan boleh menekan butang khas untuk berhubung terus dengan Naib Presiden atau pegawai keselamatan.
12. Kos dan nilai
Setiap unit The Beast dianggarkan bernilai antara USD 1.5 juta hingga USD 2 juta (sekitar RM7–9 juta). Hanya beberapa unit sahaja dibina untuk kegunaan Presidential Motorcade.
Model terkini yang digunakan sejak 2018 dikenali sebagai “Beast 2.0”, berasaskan model Cadillac CT6.
13. Mobiliti antarabangsa
The Beast tidak tinggal di Amerika semata-mata. Setiap kali Presiden ke luar negara, kereta ini akan diterbangkan menggunakan pesawat C-17 Globemaster III milik Tentera Udara Amerika (USAF).
Biasanya, dua unit identik akan dibawa. Di mana, satu sebagai kereta utama dan satu lagi sebagai umpan (decoy), disertai konvoi 20 hingga 30 kenderaan keselamatan.
Dengan semua ciri luar biasa ini, daripada dinding setebal pintu pesawat, tayar Kevlar, sistem oksigen sendiri, hingga darah simpanan Presiden, maka tidak hairanlah kenapa rakyat Amerika menggelarnya The Beast.
Kereta rasmi lain mungkin nampak mewah, tetapi yang ini memang monster jalanan sebenar yang mempunyai gabungan teknologi ketenteraan, kejuruteraan ekstrem dan keselamatan tahap tertinggi di dunia.
Sumber: Nizam Ali / Faizan Dasuki
FT Image: NY Post
