Euforia Bola 2026
Famili

Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius

tanda ajal sudah dekat

Tanda ajal sudah dekat mungkin sukar untuk diterima, tetapi memahaminya boleh membantu ahli keluarga lebih bersedia. Antara tanda biasa termasuk hilang selera makan, badan semakin lemah, tidur lebih lama dan perubahan pada pernafasan serta degupan jantung.

Jadi, pada artikel kali ini penulis ingin berkongsi 11 tanda utama seseorang sedang menghampiri saat akhirnya.

Baca juga: Masih Buat Dosa Sama Walau Dah Banyak Kali Taubat, Diterima Atau Sebaliknya?

11 TANDA AJAL SUDAH DEKAT

tanda ajal sudah dekat

Gambar hiasan Muhammad Hazim Izam (BERNAMA)

1. Selera makan berkurang

Apabila seseorang hampir meninggal, mereka menjadi kurang aktif dan tidak perlukan banyak tenaga. Oleh itu, selera makan akan berkurang sedikit demi sedikit.

Mereka mungkin berhenti makan dan minum sepenuhnya. Dalam keadaan ini, cukup sekadar pastikan bibir mereka lembap agar tidak rasa tidak selesa.

2. Lebih banyak tidur

Individu yang sedang nazak akan tidur lebih lama dan kurang berjaga, kerana badan memerlukan lebih rehat.

Penjaga harus pastikan mereka selesa, tukar posisi setiap 1–2 jam dan terus bercakap dengan nada lembut kerana pendengaran biasanya deria terakhir yang hilang.

3. Perubahan tabiat ke tandas

Disebabkan pengambilan makanan dan minuman semakin berkurang, mereka akan membuang air dengan lebih jarang.

Sekiranya kehilangan kawalan kencing berlaku, bincanglah dengan hospital tentang penggunaan tiub kencing (kateter) untuk keselesaan mereka.

4. Otot melemah

Otot akan menjadi semakin lemah, menyebabkan mereka tidak mampu melakukan tugas mudah seperti memegang cawan atau mengubah posisi sendiri.

Ahli keluarga atau penjaga boleh bantu mereka mengangkat barang atau menukar posisi di katil agar lebih selesa.

5. Perubahan tanda-tanda vital

Tanda-tanda penting seperti tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan akan berubah apabila semakin hampir kepada kematian.

Nadi mungkin sukar dirasai, dan degupan jantung menjadi laju, lemah atau tidak teratur. Ini adalah tanda biasa dalam fasa akhir hayat.

6. Suhu badan menurun

Peredaran darah mula tertumpu kepada organ dalaman, menyebabkan tangan, kaki dan kulit terasa sejuk.

Kulit juga boleh menjadi pucat atau berbintik biru-ungu. Walaupun mereka mungkin tidak rasa sejuk, selimut boleh membantu beri keselesaan.

Baca juga: Dari Muharam Ke Zulhijah, Ini Maksud Di Sebalik 12 Bulan Dalam Kalendar Islam

7. Perubahan cara bernafas

Pernafasan mungkin kelihatan sukar, berubah-ubah dan disertai bunyi seperti grohan atau “rattle”.

Cuba ubah posisi badan agar pernafasan jadi lebih mudah. Jika risau, berbincanglah dengan doktor untuk panduan lanjut.

8. Kesakitan bertambah

Menjelang saat akhir, ubat mungkin tidak lagi cukup kuat untuk kawal rasa sakit sepenuhnya.

Perhatikan raut wajah atau bunyi rintihan yang menandakan mereka sedang menahan sakit dan beri sokongan emosi yang tenang.

9. Kurang bergaul atau bercakap

Individu yang hampir meninggal mungkin tidak lagi mahu bercakap atau berjumpa orang kerana tenaga semakin berkurang.

Jangan terasa hati, berilah ruang dan rancang lawatan hanya apabila mereka bersedia menerima kehadiran orang lain.

10. Keliru dengan sekitar

Mereka mungkin keliru dengan apa yang berlaku dan tidak mengenali persekitaran sekeliling.

Bercakaplah dengan lembut, jelaskan apa yang berlaku dan perkenalkan siapa yang hadir untuk beri rasa tenang.

11. Halusinasi

Mereka mungkin nampak atau dengar sesuatu yang tidak wujud. Ini adalah perkara biasa dalam fasa akhir hidup.

Jangan panik. Bantu mereka dengan nada suara yang tenang dan yakinkan mereka tentang masa, tempat dan siapa yang ada bersama.

Baca juga: Tular Peniaga Jual Daging Landak Di Media Sosial, Ternyata Ini Hukum Makan Haiwan Berduri Itu!

Sumber: Medical News Today

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×