Menjaga anak sakit bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa ingin mengelakkan pengambilan ubat secara berlebihan.
Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah semula jadi yang boleh diamalkan untuk membantu melegakan simptom penyakit ringan pada anak.
Baca juga: Amalkan Makan Mentah 1-3 Kuntum Bunga Telang Waktu Pagi, Baru Khasiat Serap Dalam Badan
10 TIPS KETIKA ANAK SAKIT, RAMAI IBU AYAH TERLEPAS PANDANG

Perkongsian ini menghimpunkan beberapa tip yang mungkin masih kurang diketahui oleh ramai ibu bapa dan boleh dijadikan panduan sokongan penjagaan di rumah.
1. Demam
Kurangkan demam anak dengan cara semula jadi:
– Pakaikan pakaian nipis & selesa.
– Kompres badan dengan air suam.
– Sapukan tubuh dengan bawang merah.
– Berikan madu dan air kelapa muda untuk bantu menyejukkan badan.
2. Selesema & hidung tersumbat
Untuk bantu anak bernafas lebih lega:
– Biarkan anak menghidu wap air panas yang dititiskan minyak telon atau minyak kayu putih.
– Pastikan bilik lembap, tutup penghawa dingin dan letakkan baldi berisi air panas + minyak telon di sudut bilik.
– Untuk baby, sapukan serbuk buah pala + minyak telon di pelipis.
3. Batuk
Amalkan ramuan semula jadi untuk redakan batuk:
– Jus limau nipis + madu.
– Bunga belimbing + madu.
– Perahan kencur (halia liar) + madu.
Madu hanya untuk budak atas setahun, baby bawah 12 bulan tidak boleh.
4. Sakit tekak
Anak susah makan sebab tekak sakit? Cuba ini:
– Berkumur dengan air suam + garam (untuk anak yang sudah besar).
– Minum air suam + madu + perahan limau nipis untuk legakan radang.
5. Cirit-birit
Jaga hidrasi anak dan elakkan dehidrasi:
– Bagi air garam gula (oralit).
– Daun jambu batu muda boleh membantu hentikan cirit.
– Ikut diet BRATY. Banana (pisang), Rice (nasi), Applesauce (puri epal), Toast (roti bakar), Yogurt.
6. Ulser mulut
Hilangkan ulser dengan petua tradisional:
– Tumbuk daun saga, titiskan sedikit madu, dan tampalkan pada bahagian yang terkena.

Freepik
7. Jangkitan cacing
Selain ubat cacing, boleh cuba cara semula jadi:
– Petai mengandungi belerang dan tannin yang bantu membunuh cacing dalam perut.
8. Luka kecil atau melecet
Rawat luka dengan bahan semula jadi:
– Sapukan madu asli pada luka.
– Biarkan beberapa minit, ulang beberapa kali sehari.
Madu bertindak sebagai pembasmi kuman & penyembuh luka semula jadi.
9. Bisul
Petua untuk kecutkan bisul dan hilangkan parut:
– Tumbuk daun bayam duri + madu, tampalkan pada bisul.
– Bila kering, sapukan putih telur + madu untuk lembutkan kulit dan hilangkan parut.
10. Anak susah makan
Bantu naikkan selera anak dengan cara semula jadi:
– Bagi temulawak, herba yang terbukti boleh merangsang selera makan.
Kadang, alam semula jadi sudah sediakan penawar terbaik dengan syarat, ibu bapa tahu cara menggunakannya dengan bijak.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dr. Sheikh Muszaphar Bangga, Anak-Anak Lakar Kejayaan Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa!
Sumber: Facebook Angkol
