Isu sexless marriage atau perkahwinan tanpa seks bukanlah satu topik baharu, namun ia jarang dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat.
Perkongsian seorang pengguna media sosial, petite_poetries, yang bertanya membuka ruang perbincangan tentang realiti mungkin dialami sebahagian pasangan suami isteri.
10 TAHUN PERKAHWINAN TANPA SEKS, RUPANYA IBU MENTUA SIHIR

Freepik
Menjawab persoalan tersebut, seorang lagi pengguna, maiiiiizura, tampil berkongsi pengalaman peribadinya yang mengundang perhatian ramai. Menurutnya, dia melalui hampir 10 tahun perkahwinan tanpa hubungan intim yang normal kerana mengalami kesakitan setiap kali bersama suami.
Pada awalnya, dia menyangka masalah itu berpunca daripada vaginismus, iaitu keadaan perubatan yang menyebabkan otot faraj mengecut secara tidak sengaja sehingga menyukarkan atau menyakitkan proses penetrasi.
Dia malah menyertai kumpulan sokongan dan menggunakan alat dilator sebagai latihan untuk membantu meregangkan otot, dengan harapan masalah tersebut dapat diatasi.
Namun, selepas tempoh yang panjang dan pelbagai usaha dilakukan, perkahwinan itu akhirnya berakhir dengan perceraian. Lebih mengejutkan, beliau mendakwa kemudian mengetahui bahawa dirinya dipercayai menjadi mangsa perbuatan sihir oleh ibu mentua sendiri.
“Saya. Almost 10 years. Rasa sakit bila nak penetrate dan ingatkan penyakit Vaginismus. Siap masuk group sokongan dan guna dilato untuk senaman muscle.
“Sudahnya bercerai dan dapat tahu kene sihir dengan mak mentua sendiri. Sekarang dah 2 tahun berkahwin dengan suami baru. Tengah jaga baby berusia 3 bulan. Alhamdulillah bebas daripada mulut-mulut puaka yang cakap saya tak boleh pregnant,” jelasnya.

Kini, wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga kali kedua dan sedang menikmati fasa baharu kehidupannya sebagai seorang ibu kepada bayi berusia tiga bulan. Beliau meluahkan rasa syukur kerana tidak lagi berdepan masalah yang sama, malah bersyukur dapat menepis kata-kata negatif segelintir pihak yang pernah menyatakan beliau tidak mampu hamil.
Perkongsian ini sekali gus mencetuskan kesedaran bahawa isu hubungan intim dalam perkahwinan bukan sekadar soal fizikal, tetapi turut melibatkan aspek emosi, psikologi dan kepercayaan. Dalam sesetengah kes, masalah kesihatan seperti vaginismus sememangnya wujud dan memerlukan rawatan profesional.
Pakar menekankan kepentingan komunikasi terbuka antara pasangan serta mendapatkan nasihat doktor atau kaunselor sekiranya berdepan kesukaran dalam hubungan suami isteri. Masalah yang dipendam terlalu lama tanpa rawatan boleh memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.
Apa pun puncanya, setiap pasangan mempunyai cabaran tersendiri dan paling penting, sokongan, empati dan usaha mendapatkan bantuan sewajarnya mampu membuka jalan ke arah penyelesaian dan kebahagiaan yang lebih baik.
Sumber: Threads Maizura
