Dalam dunia yang semakin mencabar, memilih negara selamat untuk melancong bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Perancangan yang teliti termasuk memilih destinasi yang stabil dapat membantu mengelakkan risiko yang tidak diingini sepanjang perjalanan.
Setakat tahun 2026, terdapat beberapa negara selamat masih menjadi pilihan kerana faktor keselamatan, kemudahan pelancongan serta suasana yang mesra pelawat. Berikut merupakan senarai 10 negara yang masih dianggap selamat untuk travel buat masa ini.
Baca juga: Ilmu ‘Survival’ Kampung, Ini Cara Buat & Guna Minyak Serai Rawat Haiwan Cedera Teruk…Berkesan!
10 NEGARA SELAMAT UNTUK TRAVEL TAHUN 2026, MASIH SELAMAT
1. Jepun

Freepik
Jepun kekal sebagai antara destinasi paling selamat di dunia dengan kadar jenayah yang rendah serta sistem pengangkutan yang efisien. Negara ini juga terkenal dengan budaya disiplin dan kebersihan yang tinggi.
2. Korea Selatan
Selain popular dengan budaya K-pop dan drama, Korea Selatan turut menawarkan tahap keselamatan yang baik kepada pelancong. Kemudahan awam yang moden memudahkan perjalanan ke pelbagai lokasi menarik.
3. China
China mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik seperti Beijing dan Shanghai. Walaupun negara ini besar, kawasan pelancongan utama biasanya selamat dan dilengkapi kemudahan lengkap.
4. Taiwan
Bukan sekadar syurga makanan jalanan, Taiwan turut menjadi pilihan pelancong kerana persekitarannya yang selamat dan mudah untuk diterokai.
5. Indonesia
Sebagai negara jiran, Indonesia menawarkan pelbagai destinasi menarik seperti Bali dan Lombok. Kebanyakan kawasan pelancongan utama mempunyai tahap keselamatan yang baik.
6. Thailand

Freepik
Thailand kekal menjadi destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana kos yang berpatutan dan negara ini juga mesra pelancong serta mudah untuk dilawati.
7. Vietnam
Vietnam semakin popular dengan keindahan alam semula jadi serta kos perjalanan yang rendah. Bandar-bandar seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City sering menjadi tumpuan pelancong.
8. Singapura
Negara jiran ini terkenal dengan tahap keselamatan tinggi selain peraturan yang ketat menjadikan Singapura antara destinasi paling selamat di dunia.
9. Uzbekistan
Terletak di Asia Tengah, Uzbekistan menawarkan pengalaman unik dengan seni bina bersejarah dan budaya yang kaya. Negara ini semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa.
10. Kazakhstan & Kyrgyzstan
Dua negara ini semakin popular dalam kalangan pencinta alam dan pengembaraan. Lanskap semula jadi yang menakjubkan serta suasana yang tenang menjadikannya destinasi menarik.
Walaupun senarai ini boleh dijadikan panduan, pelancong disarankan untuk sentiasa menyemak situasi semasa sebelum merancang perjalanan.
Faktor seperti keselamatan, cuaca dan peraturan negara perlu diambil kira kerana dengan perancangan yang teliti, percutian akan lebih selamat dan tenang untuk dinikmati bersama insan tersayang.
Baca juga: AWAS… Kayu Palet Bukan Untuk Memasak! Elak Guna Ketika Bakar Lemang, Boleh Undang Risiko Kesihatan
Sumber: Threads ffaaizazhar__
