Euforia Bola 2026
Cantik

10 Manfaat Air Mawar Bikin Wajah Cantik Lain Macam, Patutlah Orang Timur Tengah Kulitnya A+!

air mawar

Air mawar atau rose water diperoleh dari rebusan kelopak bunga mawar, terutama jenis Damask (Rosa damascena). Ia mula digunakan masyarakat abad pertengahan di Timur Tengah sebagai perawatan kulit, minyak wangi dan penambah aroma makanan.

Minyak mawar dari jenis ini tergolong antara yang termahal di dunia kerana kandungannya yang sangat rendah.

Baca juga: Baju Kurung VS Blazer, Jurugambar Dedah Rahsia Foto Korporat Wanita Nampak Profesional Tanpa ‘Overdressed’

10 MANFAAT AIR MAWAR

air mawar

Gambar hiasan: Freepik

Selain itu, air mawar terkenal dengan wanginya yang lembut dan berbagai manfaat untuk kecantikan serta kesihatan kulit wajah. Dari mencerahkan mata hingga mencegah tanda penuaan, air mawar menjadi rahsia kecantikan alami yang mudah diamalkan.

Berikut 10 manfaat air mawar yang anda perlu tahu.

1. Cerahkan mata yang penat

Air mawar boleh membantu mata kelihatan lebih segar, terutama jika anda kurang tidur atau mata kelihatan gelap. Basahkan kapas dengan air mawar dan tekan perlahan pada mata selama lima minit untuk kesan yang menenangkan.

2. Menjadikan solekan lebih segar

Kalau solekan mula pudar atau wajah kelihatan kusam, semburkan sedikit air mawar. Ia akan buat wajah nampak lebih berseri dan hidup semula.

3. Berfungsi sebagai toner semula jadi

Air mawar boleh dijadikan toner untuk wajah, terutamanya untuk kulit berjerawat. Sifat antibakterianya membantu menenangkan kulit dan mengurangkan radang pada jerawat.

4. Membersihkan sisa solekan

Air mawar efektif untuk menanggalkan baki make-up, termasuk yang kalis air, tanpa mengganggu kulit. Ia boleh jadi alternatif semula jadi berbanding produk pembersih komersial.

Baca juga: Urban Retreat Spa Rawatan Premium Tapi Mesra Poket, Berbaloi Cuba Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki!

air mawar

Gambar hiasan: Freepik

5. Menyegarkan kulit wajah

Kandungan antioksidan dalam air mawar membantu menyingkir radikal bebas dan menghalang liang pori tersumbat, menjadikan kulit lebih segar, sihat dan berseri.

6. Melembapkan kulit secara semula jadi

Air mawar mengekalkan keseimbangan pH kulit sambil memberikan kelembapan semula jadi, menjadikan kulit rasa lembut dan selesa.

7. Mengurangkan kemerahan dan radang

Sifat anti-inflamasi air mawar membantu menenangkan kulit yang kemerahan atau sensitif, menjadikan wajah lebih selesa.

8. Membantu mengawal jerawat

Air mawar sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat. Ia membantu membunuh bakteria penyebab jerawat serta mengurangkan kesan parut dan noda pada wajah.

9. Mencegah tanda penuaan awal

Antibakteri dan antioksidan dalam air mawar membantu kulit kekal lembap, mengurangkan kekusaman, dan mengelakkan garis halus serta kedutan. Penggunaan secara konsisten menjadikan wajah lebih muda dan berseri.

10. Menjaga kelembapan bawah mata

Air mawar juga baik untuk kawasan bawah mata yang kering, membantu mengembalikan kelembapan dan menjadikan mata kelihatan lebih segar.

TIPS TAMBAHAN

Walaupun air mawar selamat digunakan, jika masalah kulit berlarutan, dapatkan nasihat doktor pakar kulit.

Dengan rutin harian, air mawar bukan sahaja menjadikan kulit cantik dan berseri, tetapi juga sihat dan selesa. Mudah diamalkan, murah dan berkesan yang mana ia merupakan rahsia kecantikan alami yang tak perlu mahal.

Baca juga: Wanita 30-an Pakai 80 Susuk Dari Sekolah Sebab Dibuli, Tapi Pakar Dedah Sebenarnya Tak Ada Kesan Cantik!

Sumber: Portal Negara.my

FT Image: Freepik (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×