Tahun 2025 menyaksikan dunia kerja berubah lebih pantas daripada sebelumnya. Kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan amalan kerja jarak jauh (Work From Home) menjadikan majikan semakin selektif dalam memilih pekerja yang bukan saja berkemahiran teknikal, tetapi juga memiliki contoh soft skills yang mantap.
Berikut merupakan antara 10 soft skills yang menjadi ‘dambaan’ para majikan dalam memilih pekerja bagi tahun 2025. Anda ada kemahiran ini?
Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?
10 CONTOH SOFT SKILLS PALING DICARI MAJIKAN TAHUN 2025!

Foto: freepik
1. Kemahiran Komunikasi Berkesan
Keupayaan menyampaikan idea dengan jelas, sama ada secara lisan atau bertulis. Ini termasuk mendengar secara aktif, empati, dan kejelasan dalam e-mel, mesyuarat dan pembentangan.
2. Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah
Majikan mahu pekerja yang boleh menganalisis situasi dan mencari penyelesaian praktikal. Bukan sekadar ikut arahan, tetapi mampu buat keputusan bijak.
3. Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence / EQ)
Mampu mengawal emosi sendiri dan memahami perasaan orang lain. Sangat penting untuk kerja berpasukan, kepimpinan dan menyelesaikan konflik.
4. Adaptasi & Fleksibiliti
Dunia kerja sentiasa berubah (terutama dengan teknologi dan AI). Majikan suka pekerja yang cepat belajar dan boleh sesuaikan diri dengan perubahan.
5. Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan (Teamwork)
Keupayaan bekerja secara harmoni dengan pelbagai latar belakang dan personaliti. Terutamanya penting dalam projek kolaboratif atau kerja hibrid.
6. Kreativiti & Inovasi
Majikan cari pekerja yang boleh berfikir di luar kotak untuk tambah nilai syarikat. Idea baharu, pendekatan segar dan penyelesaian unik sangat dihargai.
7. Pengurusan Masa & Keutamaan
Keupayaan mengatur kerja dengan efisien dan memenuhi tarikh akhir. Multitasking secara bijak dan tidak terperangkap dalam kesibukkan.
8. Kepimpinan Tanpa Gelaran (Leadership Mindset)
Bukan hanya untuk pengurus malah pekerja biasa pun perlu tunjuk inisiatif, bertanggungjawab dan boleh mempengaruhi orang lain.
9. Etika Kerja & Kebertanggungjawaban
Rajin, boleh diharap, konsisten dan jujur dalam kerja. Sikap ‘boleh harap’ lebih penting dari IQ tinggi.
10. Kecekapan Digital (Digital Literacy)
Bukan sahaja tahu guna teknologi tapi bijak memilih alat digital yang betul, selesa dengan AI, platform kolaborasi dan automasi asas.
Apa Beza Keperluan Soft Skills 2025 VS Sebelum Ini?

Foto: freepik
1. Kepimpinan Kini Lebih Kepada Kendiri, Bukan Sekadar Jawatan
-Dahulu, kepimpinan lebih tertumpu kepada peranan rasmi seperti pengurus atau ketua pasukan.
-Pada 2025, majikan lebih menghargai kepimpinan tanpa gelaran, iaitu kebolehan untuk ambil inisiatif, beri pengaruh positif, dan bertanggungjawab walaupun bukan pemimpin formal.
2. Komunikasi Digital Jadi Keutamaan
-Sebelum ini, kemahiran komunikasi banyak berlaku secara bersemuka di pejabat.
-Kini, dengan kerja jarak jauh dan hibrid, majikan cari mereka yang boleh berkomunikasi secara jelas melalui e-mel, chat, video call dan dokumen digital.
3. Fleksibiliti Kini Bukan Lagi Pilihan, Tapi Keperluan
-Sebelum ini, kebolehan menyesuaikan diri dianggap nilai tambah.
-Tahun 2025, ia menjadi kemahiran asas kerana dunia kerja berubah dengan cepat akibat kemajuan teknologi, automasi dan AI.
4. Kreativiti Jadi Kemahiran Asas, Bukan Lagi Sekadar Bonus
-Dulu, kreativiti hanya penting untuk bidang tertentu (seperti pemasaran atau reka bentuk).
-Sekarang, semua pekerja, dari jurutera ke eksekutif perlu berfikir secara kreatif dan cari idea baharu untuk kekal relevan dan kompetitif.
5. Digital Literacy Kini Merangkumi AI & Automasi
-Sebelum ini, cukup sekadar mahir Microsoft Office, e-mel, dan Google Docs.
-Pada 2025, majikan lebih tertarik dengan pekerja yang tahu guna alat digital moden seperti AI tools (contohnya ChatGPT, Notion AI, Canva AI), sistem automasi, dan aplikasi kerja kolaboratif.
6. Kecerdasan Emosi (EQ) Keperluan Asas
-Dahulu, EQ dianggap sukar diukur dan bukan keutamaan.
-Kini, ia sangat penting untuk kerja dalam pasukan, menangani stres, memahami emosi orang lain, dan kekal positif di tempat kerja yang mencabar.
Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!
Sumber: talentlms.com, weforum.org
