Bukan senang jadi ibu, kan? Bangun pagi-pagi dah kena fikir nak masak apa, kemas rumah, layan anak-anak—semua benda kena buat serentak! Kadang-kadang sampai lupa nak rehat, apatah lagi nak manjakan diri.
Tapi jangan risau mak-mak sekalian! Ini dia 10 barang ‘rare’ yang sebenarnya sangat membantu memudahkan urusan harian di rumah. Bukan je berguna, malah boleh bantu kurangkan stres dan buatkan hari para ibu lebih smooth.
1. Rak Gantung Serbaguna Di Dapur (Adhesive Rack)

Kredit foto: Shopee
Kadang-kadang ruang dapur sempit buat anda rasa serabut. Rak gantung ni boleh tampal je dekat dinding, tak payah drill pun! Letak sudu, penapis, tuala dapur atau atau sudip. Dapur nampak lebih kemas dan semuanya mudah dicapai.
2. Robot Vacuum & Mop

Kredit foto: Amazon
Rumah berkilat tanpa perlu sapu & mop sendiri? Yes please! Robot vacuum sekarang dah makin canggih, boleh mop sekali. Ia juga boleh dijadualkan mengikut masa dan paling best siap boleh kawal guna aplikasi.
3. Multicooker

Kredit foto: ELBA
Boleh grill dan kukus hanya dengan satu alat. Jimat ruang, jimat masa, jimat tenaga. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang nak sediakan sarapan sihat tapi cepat!
4. Peti Sejuk Mini Untuk Bilik

Kredit foto: Ubuy Malaysia
Kadang-kadang ibu pun perlukan ‘me time’. Simpan air sejuk, sheet mask atau susu badan (kalau breastfeeding) dalam peti mini ini. Letak dalam bilik, senang capai bila perlu, lebih privasi dan lebih tenang.
5. Dispenser Sabun Automatik

Kredit foto: AmwayNow
Bunyi macam biasa, tapi bila tangan tengah basah lencun, memang berguna sangat. Tak perlu tekan, hanya dengan sensor je sabun akan keluar sendiri. Cepat, bersih, dan tak comot sinki.
6. Papan Menu Mingguan Magnetic Untuk Peti Sejuk

Kredit foto: Shopee
Tak payah lagi pening tiap pagi nak fikir “hari ini masak apa?”. Tulis je plan masakan seminggu terus dekat papan ini dan lekatkan dekat peti sejuk, satu rumah boleh tengok. Anak pun jadi teruja bila tahu menu harian.
7. Lampu Tidur LED Dengan Sensor Gerak

Kredit foto: BestDealPlus
Bila bangun tengah malam nak ke tandas atau susukan anak, lampu ni akan menyala lembut secara automatik. Tak silau tapi cukup untuk nampak jalan.
8. Smart Diffuser Dengan Lampu Mood

Kredit foto: Hongcdn
Letak minyak aromaterapi lavender, pasang lampu mood warna warm, terus rasa tenang satu rumah. Best untuk winding down waktu malam, terutamanya selepas anak-anak tidur.
9.Penyangkut Baju ‘Magic Hanger’

Kredit foto: Shopee
Kalau anda jenis suka baju teratur dalam almari, penyangkut ini memang best. Satu hanger boleh gantung sampai 5 helai! Jimat ruang, baju pun tak berkedut. Sesuai sangat kalau anda tinggal di rumah apartment atau bilik kecil.
10. Label Maker Mini

Kredit foto: Amazon
Barang-barang dapur, mainan anak atau bekas-bekas frozen food semuanya boleh label dengan mudah. Rumah lebih teratur, hati pun lebih tenang.
Barang Kecil Tapi Membawa Perubahan Besar
Barang-barang ni mungkin tak semua orang tahu, tapi bila dah cuba sekali, mesti anda suka dan rasa urusan harian jadi jauh lebih mudah!
Haa.. Tak semestinya kena beli semua tau, pilih je mana yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Ingat ya, ibu yang bahagia bermaksud rumah yang lebih tenang. Kadang-kadang benda kecil pun boleh bagi impak besar. Jadi jangan rasa bersalah kalau nak melabur sedikit untuk barang keperluan rumah.
